Kelas Sistem

Bahagian 1

Apa itu HALEA

Satu LMS khas untuk kolej TVET Malaysia di bawah kawal selia JPK.

Kalau kau pernah guna sistem sekolah untuk tengok jadual atau markah, kau dah tahu lebih kurang apa itu LMS.

HALEA sama, tapi dibina khusus untuk kolej vokasional, dan ia tahu peraturan JPK.

Pelajar Meteor Academy
0+
Jadual setiap kolej
0
Peraturan COPTPA tetap
0

Siapa guna

Kolej vokasional & Pusat Bertauliah

Institusi yang menjalankan latihan kemahiran di bawah JPK. Pelajar, pensyarah, dan pentadbir mereka semua guna sistem yang sama.

Pelanggan pertama

Meteor Academy

300+ pelajar

Model bisnes

SaaS

Satu sistem, banyak kolej. Infrastruktur dikongsi, data terasing sepenuhnya.

Kenapa HALEA wujud

Moodle dan Canvas tidak tahu apa itu COPTPA. Peraturan JPK kami tanam terus dalam kod.

Analogi: bangunan pejabat

HALEA macam bangunan pejabat. Smoldesk jaga bangunan: lif, elektrik, keselamatan. Setiap kolej sewa satu tingkat penuh dengan kunci sendiri. Kongsi lif, tapi tiada siapa boleh masuk tingkat orang lain.

Klik satu tingkat, lihat tingkat lain terus terkunci.

Tiga peraturan COPTPA yang tak boleh dilanggar

Peraturan ini bukan tetapan yang boleh ditoggle. Ia ditanam dalam kod. Walaupun admin mahu melanggarnya, sistem menolak.

Anti-Cross Play

tetap

Orang yang menilai pelajar tak boleh jadi orang yang mengesahkan penilaian itu.

Kehadiran 80%

tetap

Bawah 80% masuk zon merah. Angka ini tetap. Admin kolej tak boleh longgarkan.

Admin ≠ penilai

tetap

Admin boleh lihat semua markah, tapi tak boleh ubah. Sistem tolak.

Soalan asas

Soalan yang orang segan nak tanya.